PUTRAJAYA - Sebanyak 648 buah sekolah ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, 636 sekolah adalah sekolah kerajaan di Sarawak (298), Selangor (201), Putrajaya (25) dan Negeri Sembilan (112) yang membabitkan keseluruhan pelajar seramai 445,249 orang.

Sebanyak 12 buah sekolah swasta juga ditutup membabitkan 7,432 orang pelajar, menurut KPM.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama

ARTIKEL MENARIK:

Ini dia 60 aktiviti bermanfaat selepas UPSR

145 sekolah di Selangor tutup akibat jerebu

'Banyak kali dia minta maaf, risau jika saya tak selesa' - Cikgu ini kongsi sikap bekas muridnya