PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menyerahkan cek berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk diagihkan kepada 283 sekolah pondok berdaftar di seluruh negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyampaikan cek berkenaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya, hari ini.

Guan Eng berkata, penyerahan peruntukan yang diumumkan pada Bajet 2019 itu diagihkan sekali gus dan diberikan lebih awal bagi memudahkan menteri bertanggungjawab membuat perancangan lebih teratur dan menyeluruh.

Menurutnya, kementerian tidak menetapkan syarat tertentu untuk proses agihan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar tidak ada unsur politik bagi sekolah pondok tersebut.

"Institusi tahfiz atau pondok tidak boleh dimiliki parti politik. Peruntukan boleh digunakan untuk menyelenggara sekolah pondok dan agama rakyat," katanya.

Beliau berkata, pemberian peruntukan untuk sekolah pondok berdaftar itu membuktikan komitmen kerajaan PH terhadap pendidikan Islam selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Kepada ibu bapa yang ingin hantar anak mereka ke pusat tahfis boleh baca tip menerusi link ini:

https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-belajar/ingin-masukkan-anak-ke-sekolah-tahfiz-yang-mana-terbaik-boleh-cuba-tips-ni-1.653982