Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah membolehkan pihak sekolah dan juga guru-guru membuat persediaan sebelum sekolah dibuka semula.

Menurut edaran garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM, Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) turut bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Menghadapi COVID-19 (Jawatankuasa).

Menerusi jawatankuasa itu, terdapat tiga perkara yang perlu dipatuhi.

1.Jawatankuasa yang ditubuhkan terdiri daripada jawatankuasa sedia ada pada peringkat IPS masing-masing dan hendaklah berupaya untuk melaksanakan peranan yang ditetapkan.

2.Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengelola (ALP), pentadbir dan guru. IPS boleh melibatkan ibu bapa/penjaga dalam jawatankuasa ini. Bilangan ahli jawatankuasa mengikut kesesuaian IPS.

3.Jawatankuasa ini berperanan untuk:

  • Merancang pengoperasian semula IPS berdasarkan ketetapan dalam garis panduan ini;
  • Mengadakan sesi libat urus dengan ibu bapa/penjaga dan pihak berkepentingan secara berkala
  • Memantau pelaksanaan pengurusan premis dan kemudahan sebelum pengoperasian semula dan sepanjang pengoperasian IPS
  • Memastikan sebarang perhimpunan yang melibatkan murid atau warga IPS tidak dilaksanakan
  • Memantau status kesihatan murid, guru dan kakitangan;
  • Melapor status kesihatan murid, guru dan kakitangan yang bergejala kepada PKD; dan
  • Menyediakan laporan pengoperasian semula IPS kepada JPN/PPD.

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan