LAWATAN dan pemantauan mengejut akan dilakukan ke sekolah terlibat dalam tempoh persediaan pembukaan sesi persekolahan sebelum 24 Jun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin berkata, pemantauan mengejut akan dilaksanakan oleh pegawai jabatan pelajaran negeri, pejabat pendidikan daerah bahkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri.

Katanya, ia bagi melihat persediaan dilakukan di sekolah dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita nak lihat bagaimana pihak sekolah boleh patuhi SOP ditetapkan. KPM akan turun ke sekolah secara mengejut untuk lihat secara alami bagaimana kesediaan sekolah-sekolah ini.

“Kita ada tempoh dua minggu untuk bantu mereka tambah baik sekiranya persediaan yang dibuat tidak memenuhi SOP ditetapkan,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pelajar perlu melakukan penjarakkan sosial dalam bas sekolah, beliau berkata, SOP itu akan diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Kementerian Pengangkutan sedang memuktamadkan perkara ini dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan,“ kata beliau.

Artikel menarik:

Menteri Kanan Pendidikan umum tarikh buka sekolah 24 Jun

15 perkara perlu tahu sekitar sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin

Sekolah dibuka semula 24 Jun ini, adakah cikgu-cikgu sudah bersedia?

Ketahui 18 SOP sesi persekolahan PKPP