Jawatankuasa Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) hendaklah memastikan perkara berikut dilaksanakan:

1.Pemeriksaan kesihatan

a. Melaksanakan saringan pintu masuk (gate keeping screening) kepada semua murid, guru dan kakitangan semasa masuk ke IPS yang meliputi:

  • Pemeriksaan suhu badan;
  • Penggunaan pensanitasi tangan (hand
  • sanitizer); dan
  • Pemantauan gejala seperti demam, batuk, selesema sakit tekak, dan sesak nafas;

b. Sekiranya terdapat murid, guru atau kakitangan yang bergejala, mereka hendaklah diasingkan dan diuruskan perjalanan mereka untuk balik ke rumah dengan kadar segera;

c. Ibu bapa/penjaga disaran tidak menghantar anak/anak jagaan ke IPS sekiranya murid bergejala; dan

d. Guru bimbingan dan kaunseling perlu melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan peraturan baharu di sekolah.

2.Pemeriksaan rekod perjalanan:

a. Sekiranya terdapat murid, guru atau kakitangan yang mempunyai perjalanan luar negara, mereka hendaklah mengemukakan rekod kesihatan seperti surat arahan kuarantin daripada KKM; dan

b. Murid, guru atau kakitangan yang tidak memenuhi syarat para (a) hendaklah diasingkan dan diuruskan perjalanan mereka untuk balik ke rumah dengan kadar segera.

3.Pengurusan kes positif covid-19

a. Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu PKD;

b. Memberi kerjasama kepada anggota PKD; dan

c. Mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti.

4.Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan mengikut keperluan di setiap pintu masuk/keluar IPS, bilik PdP, bilik guru serta bilik sakit; dan

5. Menyediakan pelitup muka bagi murid, guru atau kakitangan yang menunjukkan gejala.

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan

Ketahui tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Penggal Persekolahan

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Pengurusan Yuran dan Bayaran