Jawatankuasa Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bertanggungjawab memastikan tiga perkara berikut:

  1. Bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru, pejabat, kantin dan kemudahan-kemudahan lain seperti asrama, bilik sakit, tandas serta mana-mana kawasan dan persekitaran yang melibatkan penggunaan oleh murid, guru, kakitangan dan ibu bapa/penjaga dibersihkan;
  2. Susunan perabot dan kelengkapan bilik PdP mengambil kira penjarakan sosial minimun satu (1) meter antara setiap meja murid. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain;

  3. Susunan perabot dan kelengkapan bilik guru dan pejabat dengan mengambil kira penjarakan sosial dan membuat tanda penjarakan di kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas kehadiran.
     

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan

Ketahui tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Penggal Persekolahan

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Pengurusan Yuran dan Bayaran