Jawatankuasa Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bertanggungjawab:

1.Menyemak rekod kesihatan dan perjalanan guru dan pekerja sebelum pengoperasian semula;

2.Mengambil langkah kawalan berikut ke atas guru dan kakitangan yang bergejala atau mempunyai rekod perjalanan luar negara dalam tempoh PKP:

  • Mendapatkan surat arahan kuarantin daripada KKM; dan
  • Merujuk PKD terdekat bagi tujuan pengesahan rekod.

3.Memastikan guru dan kakitangan yang tidak dapat mengemukakan dokumen dalam para (7.5.2) dilarang untuk bertugas dan seterusnya dirujuk kepada PKDterdekat bagi arahan kuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari.

4.Memastikan guru dan kakitangan berkenaan hanya boleh kembali bertugas selepas mendapat pelepasan daripada KKM.

5.Mengambil langkah kawalan ke atas kemasukan guru antarabangsa baharu yang memegang pas penggajian

seperti berikut:

  • Mendapatkan surat bebas COVID-19 dari negara asal dalam bahasa Inggeris; dan
  • Mendapatkan surat arahan kuarantin daripada KKM.

6.Memastikan guru antarabangsa yang tidak dapat mengemukakan dokumen dalam para (7.5.5) dirujuk kepada JIM; dan

7.Memastikan guru berkenaan hadir ke IPS selepas mendapat pelepasan daripada JIM.

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan

Ketahui tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Penggal Persekolahan

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Pengurusan Yuran dan Bayaran