Jawatankuasa menyelaras semula perkara berkaitan pengurusan yuran dan bayaran dengan lima perkara berikut:

1.Membincangkan pengurusan yuran dan bayaran pada peringkat pengurusan tertinggi IPS yang melibatkan ALP. Sebarang keputusan hendaklah mengambil langkah menang-menang antara pihak IPS dengan ibu bapa/penjaga.

2.Membuat pertimbangan sewajarnya dalam keadaan semasa penularan jangkitan COVID-19 disebabkan faktor mendatang yang tidak diduga dan memberi kesan kepada semua pihak termasuk ibu bapa/penjaga.

3.Mengadakan libat urus dengan ibu bapa/penjaga. Kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah perbincangan, taklimat, perundingan atau pemakluman awal dengan merujuk terma dan perjanjian bertulis.

4.Mempertimbangkan penyelarasan semula yuran berdasarkan perkara yang berikut:

  • Pembayaran kepada perkhidmatan yang tidak dapat disediakan semasa PKP seperti bayaran makanan, pengangkutan, aktiviti pembelajaran yang memerlukan bayaran tambahan; dan
  • Ibu bapa/penjaga yang terjejas pendapatan atau mata pencarian mereka akibat PKP atau ibu bapa/penjaga merupakan pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19 atau perkara lain yang berkaitan.

5.Meneliti maklumat murid dan ibu bapa/penjaga atas keperluan ibu bapa/penjaga yang terjejas akibat wabak COVID-19 atau PKP.

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan

Ketahui tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Penggal Persekolahan