BERDASARKAN edaran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dihantar kepada GPS Bestari pagi ini, terdapat tiga pihak yang memainkan peranan dan tanggungjawab penting apabila sekolah dibuka semula.

Pihak yang terlibat adalah pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga.

Bagi pentadbir sekolah, lapan perkara yang perlu dipatuhi iaitu:

1) Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.

2) Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat.

3) Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan penjarakan sosial.

4) Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

5) Memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan.

6) Memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru;

7) Melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga.  

8) Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan

Ketahui tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Penggal Persekolahan

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Pengurusan Yuran dan Bayaran