PUTRAJAYA: Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikualsi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2020/2021 untuk Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf dibuka mulai 24 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 12 tengah hari melalui Sistem UPU Online di http://upu.moe.gov.my.

Menurut kenyataan media yang dikirimkan kepada GPS Bestari sebentar tadi, sistem UPU Online akan ditutup pada 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan SPM dan 07 April 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan STPM/Setaraf.

Setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Februari 2020 (Isnin) sebelum mengemukakan permohonan.

Pembelian nombor unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac 2020 (Isnin) bagi Lepasan SPM manakala 06 April 2020 (Isnin) bagi Lepasan STPM/Setaraf.

Pemohon Lepasan SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/ STPM diumumkan.

Artikel lain:

Keputusan STPM 2019 diumum 25 Februari ini

Nekad bawa pelajar ke pentas dunia, MRSM Trolak anjur program cari dana RM465,000