PUTRAJAYA - Sebanyak 1,484 buah sekolah di tujuh negeri iaitu WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak, diarahkan tutup hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata penutupan itu susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 sehingga jam 1.00 petang.

Seramai 1,003,310 pelajar turut terbabit dalam penutupan sekolah berkenaan.

Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

ARTIKEL MENARIK:

Ini dia 60 aktiviti bermanfaat selepas UPSR

145 sekolah di Selangor tutup akibat jerebu

'Banyak kali dia minta maaf, risau jika saya tak selesa' - Cikgu ini kongsi sikap bekas muridnya