Guru Malaysia sememangnya hebat-hebat belaka.

Lihatlah kejayaan Cikgu Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang terpilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Selain beliau, ramai lagi yang hebat dan pakar dalam bidang masing-masing.

Antaranya Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib, Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS), Cikgu Pe Chey,  Cikgu Sirhajwan Idek, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli , Cikgu Mohamad Khamidon Sadi dan Cikgu Abd Rahman Ali Bashah (sekadar beberapa nama).  

Yang terbaru, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Cikgu Marklin Muilin telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wakil tunggal Malaysia untuk pembentangan projek.

Pembentangan secara maya yang dikenali sebagai AISOFOLL 2020 (persidangan antarabangsa berprestij) itu turut member honorarium kepada pembentang terpilih.

Hanya 19 pembentang dari Asia Tenggara yang diterima permohonannya untuk sesi pembentangan tersebut.

Beliau membentangkan kajian berkenaan konsep pembelajaran berasaskan projek melalui pendekatan yang dikenali sebagai ‘Three Storey Intellect’.

Menyingkap sedikit latar belakang Cikgu Marklin, beliau merupakan alumni  Program Berkembar Pendidikan Bahasa Inggeris IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan Universiti Putra Malaysia.

Beliau mula mengajar di SMV Tawau (kini KV Tawau) sebelum berpindah ke KV Keningau.

Cikgu Marklin juga pernah mendapat tajaan penuh menyertai kursus kelolaan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia pada tahun 2018.

Semoga pencapaian beliau ini menggalakkan lagi guru-guru dan belia untuk meneroka ilmu dengan lebih gigih demi kebaikan anak bangsa.

Artikel menarik

Cikgu Sydney sebagai wakil tunggal Malaysia ke persidangan antarabangsa GSC. Rezeki guru KV Keningau

20 perkara berkaitan murid-murid Disleksia. Bantu dan beri sokongan. Mereka tak minta jadi begini!

Anxiety Disorder kini membimbangkan. Dr Zubaidi kongsi apa yang perlu pelajar lakukan...