Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, Cikgu Sydney Engelbert merupakan satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang berjaya membuat pembentangan di persidangan antarabangsa Graduate Student Conference (GSC), 10 Oktober lalu.

Dianjurkan oleh Universitas Sanata Dharma (Yogyakarta, Indonesia), Cikgu Sydney telah membentangkan konsep penggunaan elemen video game dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan ia telah dilakukan secara maya.

Terdahulu, Cikgu Sydney, 26 berasal dari Tambunan, Sabah dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris.

Beliau adalah seorang pelajar cemerlang semasa di universiti dan cukup aktif dalam bidang kokurikulum seperti kebudayaan dan kepimpinan.

Cikgu Sydney merupakan salah seorang guru dari Malaysia yang terpilih menerima biasiswa tajaan SEAMEO QITEP Language yang berpusat di Jakarta untuk kursus pendidikan di peringkat Asia Tenggara yang diadakan secara online selama tiga bulan pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada guru muda yang cukup berbakat ini.

Semoga dengan kejayaan dan pencapaian yang cemerlang Cikgu Sydney, dapat membakar semangat guru-guru Malaysia yang lain khususnya di Sabah untuk mendidik anak bangsa dengan lebih gigih.

Serta berani untuk pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.

Sumber: Facebook 1SABAH

Artikel menarik

Pengetua kongsi pengalaman hidap kanser dan Covid-19, ini nasihat beliau buat semua pendidik

‘Mula-mula kekok dan rimas, tapi sekarang dah boleh sesuaikan diri’ - Pelajar STAR kongsi cerita