Projek bertajuk ‘Melengkapkan pelajar dengan kemahiran literasi maklumat dalam menilai sumber di alam maya’ telah diiktiraf dengan Anugerah Kepujian, baru-baru ini.

Projek pendidikan yang dilaksanakan Guru Bahasa Inggeris, Kolej Vokasional Keningau, Dr Sirhajwan Idek itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pembelajaran Dalam Talian (E-Learning Excellence Award) di Persidangan Pembelajaran Secara Maya Eropah pada 28-3 Oktober 2020 lalu, anjuran University of Applied Sciences HTW di Berlin, Jerman.

Dr Sirhajwan merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia yang diterima sebagai salah satu daripada 17 finalis lain yang berasal dari Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand, Kanada dan Hong Kong.

“Alhamdullilah, tak sangka dapat anugerah hebat sebegini. Terima kasih kepada penganjur kerana memberi pengiktirafan yang besar buat saya,” katanya kepada GPS Bestari.

Beliau berkata, projek yang dibuat itu bertujuan membantu pelajar lebih cekap dan celik dalam mencari, menganalisa, menilai, menggunakan dan menyampaikan maklumat daripada pelbagai sumber khususnya sumber dalam talian.

“Kepentingan kemahiran ini adalah mendidik mereka bijak dalam menyebarkan maklumat yang sahih memandangkan banyak maklumat yang palsu sering dikongsikan di media sosial.

“Sebagai contoh, dalam kelas Bahasa Inggeris, saya menggunakan tiga teknik berfikir iaitu Jadual KWL;  Carta Q-Matrix dan Six Thinking Hat sebagai satu strategi dimana pelajar menggunakan secara berperingkat untuk mencari dan menganalisa maklumat dari alam maya,” ujarnya.  

Berdasarkan dapatan beliau, pelajar menyedari bahawa maklumat yang didapati dari pelbagai sumber di internet kadangkalanya tidak konsisten dan kurang bukti.

Mereka juga mendapat pencarian maklumat dari pelbagai sumber yang membantu mereka menilai tahap kesahihan maklumat-maklumat tertentu berkaitan dengan topik yang dikaji.

Sementara itu, pasukan pelajar yang dibimbing oleh Dr Sirhajwan baru-baru ini, telah membentang projek berkaitan program latihan bagi guru ke Pertandingan Antarabangsa Hackathon anjuran UNESCO.

Projek yang bertemakan peranan literasi media dan maklumat  dalam menentang penyebaran maklumat palsu berkenaan pandemik Covid-19 itu, berjaya menjuarai Anugerah Inovasi Komuniti setelah bersaing dengan 24 finalis lain dari Amerika Selatan, Eropah, Asia dan Afrika.

GPS Bestari mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr Sirhajwan dan pasukan pelajar bimbingannya itu.

Semoga mereka terus maju jaya dan akan mengharumkan nama negara di mata dunia.

Artikel menarik

Bentang projek secara maya, ‘Three Storey Intellect’ Cikgu Marklin bawa tuah

Cikgu Sydney sebagai wakil tunggal Malaysia ke persidangan antarabangsa GSC. Rezeki guru KV Keningau

20 perkara berkaitan murid-murid Disleksia. Bantu dan beri sokongan. Mereka tak minta jadi begini!

Anxiety Disorder kini membimbangkan. Dr Zubaidi kongsi apa yang perlu pelajar lakukan...