Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Sangkabok yang terletak kira-kira 16KM dari Pekan Menumbok, Beaufort menerima kunjungan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dan isteri.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perancangan), KPM, Datuk Azizan Mohamad Sidin.  

SK Sangkabok dibina pada tahun 1974, merupakan satu-satunya sekolah di daerah Kuala Penyu yang mempunyai asrama desa.

Kemuncak majlis dimeriahkan dengan menanam pokok jati oleh Dr Radzi bagi menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan semula dan menaiktaraf SK Sangkabok.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel menarik

Kerana kemiskinan, pelajar pakai perca kain putih jahitan ibu ke sekolah. Cikgu Maisarah sebak

'Balik rumah, cikgu terus buka hadiah. Ada lori mainan, monyet dan sikat perapi dalam kotak kasut'