SHAH ALAM – Seawal jam 7.30 pagi lagi pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 di sini berkumpul di pekarangan sekolah untuk melihat gerhana matahari yang berlaku dari jam 7.40 hingga 9.30 pagi tadi.

Pelajar sesi petang turut diwajibkan awal pagi bagi memastikan mereka turut peroleh pengalaman berharga itu.

Dengan bersiap sedia dengan telekung bagi perempuan, guru dan pelajar turut mengadakan solat sunat gerhana dengan dipimpin Ustaz Ayub Mohd Ali.

Majlis dimulakan dengan khutbah solat gerhana oleh Ustaz Ayub.

1.      Pelajar teruja untuk melihat gerhana matahari yang berlaku pagi tadi.

 

 

Lebih mengujakan apabila pelajar turut berpeluang melihat secara lebih dekat gerhana yang berlaku melalui teleskop Orion dan Sky Wacther.

Menurut  Guru Kelab Falak SMK Seksyen 18, Ahmad Roslan Mohamad, sekolah itu mempunyai tiga teleskop yang diperoleh hasil memenangi beberapa peraduan yang disertai.

1.       Pelajar dan guru mengadakan solat sunat gerhana di perkarangan sekolah.

 

“Kesemuanya kami peroleh pada tahun lepas, apabila berjaya dapat naib johan pada pertandingan  Kuiz Falak Online yang dianjurkan Kelab Falak Melaka.. kami dapat teleskop Sky Watcher.

“Teleskop Orion pula kami dapat ketika menang kuiz yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor,” katanya.

Katanya, sebuah lagi teleskop Orion disumbangkan Kelab Falak Selangor.

1.      Dari kanan: AJK PIBG Maslilawati Mansor, Suzana Ahmad, Ahmad Roslan dan guru Pendidikan Jasmani, Asfa Arham.

 

Menurutnya, dia menganjurkan program itu bersama Ustazah Saadiah Mat Piah yang juga guru Pendidikan Syariah Islamiah sekolah itu.

Roslan yang juga guru Sains berkata, dia teruja melihat sambutan memberangsangkan apabila majoriti 1,360 pelajar hadir pada program itu selain mendapat sokongan padu daipada pengetua,  Siti Khadijah Awang Seman.

“Petang ini kita akan adakan satu lagi sesi cerapan matahari selepas Asar bagi memberi peluang pelajar petang yang tidak dapat hadir untuk mencerap matahari dan melihat apa yang berlaku selepas gerhana,” katanya.

1.       Pelajar dan guru bersiap sedia untuk melakukan solat sunat gerhana seawal jam 7.30 pagi.

1.      Pelajar dan guru mengadakan solat sunat gerhana di perkarangan sekolah.