Tragedi yang menimpa pusat tahfiz ini amat menyentuh hati rakyat Malaysia. GPSBestari ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah

Para pelajar tahfiz melihat Anggota Polis dari Unit Forensik Bukit Aman membuat siasatan di bangunan asrama.- 15 September 2017.

Pelajar tahfiz merakam suasana kesan kebakaran di bangunan asrama mereka.- 15 September 2017.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua, kanan) menziarahi keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara hari ini. - 15 September 2017.

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  hari ini mengalihkan kenderaan yang dipercayai milik salah seorang warden yang terkorban dalam tragedi kebakaran.- 15 September 2017.

 

 


Pasukan Forensik Bomba dan Penyelamat membuat siasatan susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, semalam.  



Che Zalina Kassim, 51 (dua, kiri) mengikuti perkembangan susulan kejadian kebakaran sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang
melibatkan cucu saudaranya Mohd Aidi Ahmad Zamzuri, 10, di rumahnya di Kampung Banggol, Kubur Panjang, Pendang, semalam.

Che Zalina Kassim, 51, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bonggol, Kubur Panjang, menunjukkan gambar cucu saudaranya Mohd Aidi Ahmad Zamzuri, 10, (kiri) yang turut terbunuh dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berbual dengan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod (dua, kanan) ketika melawat bangunan asrama yang terlibat dalam kebakaran yang meragut 24 nyawa di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi pelajar tahfiz Wan Muhammaf Danish Hisham Wan Nor Hisham yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara semalam. Seramai 21 pelajar dan dua guru terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat
Ujung awal pagi semalam.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi keterangan kepada ahli keluarga pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, mengenai proses dan keputusan DNA yang akan dijangka selesai hari ini, di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara semalam.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara semalam. Seramai 21 pelajar dan dua guru terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung awal pagi semalam.



Datin Seri Samsiah M Yassin, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menenangkan Mas Hawani Mohamad Shahid, ibu kepada tiga pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, semalam.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.731046.1505447656!/image/image.jpg


Sebahagian jemaah Surau Al-Madrasatul Ittifaqiyah membaca surah Yassin untuk 23 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi semalam.



Sebahagian jemaah Surau Al-Madrasatul Ittifaqiyah mengaminkan doa selepas membaca surah Yassin untuk 23 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi semalam.



Orang ramai masih melihat keadaan kerosakan bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang terlibat dalam kebakaran sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua warden.



Saadiah Othman, (kiri) ibu kepada kepada Allahyarham Mohd Yusof Md bersama anggota keluarga yang lain membacakan surah Yassin susulan kejadian kebakaran yang meragut nyawa anaknya itu di kediamannya di Felda Besout, Sungkai, malam tadi. Allahyarham yang juga merupakan Warden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, antara 23 mangsa yang terkorban dalam kejadian awal semalam.

Saadiah

13. Ahli keluarga membaca surah Yasin untuk Allayarham Mohd Yusof Md yang salah seorang mangsa yang terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di kediaman di Felda
Besout, Sungkai malam tadi. Allahyarham yang juga merupakan warden pusat tahfiz itu antara 23 mangsa yang terkorban dalam kejadian awal pagi semalam.



Allahyarham Mohd Yusof Md, 26, bersama ibunya, Saadiah Othman, 62, ketika menyambut Ulang Tahun abang sulungnya, Noorazam, 40, di Kuala Lumpur baru baru ini. Allahyarham yang juga merupakan Warden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Anggota Unit Forensik Bukit Aman membuat siasatan ke atas bangunan asrama Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi semalam.