KAJANG - Tahfiz Al Iman yang terletak di Taman Bangi Avenue di sini memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan pelajarnya belajar dalam persekitaran yang lebih selesa di samping memastikan operasi institusi berkenaan berjalan lancar.

Setiausaha Badan Pengelola Tahfiz Al Iman, Azmah Zakaria berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, pihaknya mengalami kekangan kewangan bagi meneruskan operasi tahfiz apabila sebahagian besar ibu bapa pelajar tidak mampu membayar kos pengajian anak mereka berikutan pendapatan terjejas ketika PKP.

Menurutnya, kebanyakan 66 pelajar di tahfiz berkenaan adalah daripada keluarga   

“Kami pun tak dapat paksa ibu bapa bayar kos pengajian tertunggak kerana faham situasi masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmah berkata, tahfiz berkenaan yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor memerlukan kos operasi hampir RM50,000 sebulan termasuk makanan, sewa bangunan dan gaji kakitangan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Tahfiz Al Iman (1202 9010 0738 17) atau hubungi Pengerusi Badan Pengelola Tahfiz Al Iman, Mohd Syamsul Maksud di talian 019-225 1300.   

Artikel lain:   

Elemen antirasuah dalam subjek Bahasa Malaysia akan diperkenalkan tahun depan

Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah bakal dibangunkan. Gabung elemen tahfiz, sains dan teknikal