KUALA KUBU BHARU - Mengulang hafazan tiga juzuk sehari pada sebelah pagi dan petang sejak di tingkatan satu lagi.

Ini yang dilakukan Hufaz Terbaik Asean yang merupakan bekas pelajar MRSM Maktab Rendah  Sains Mara (MRSM) Gemencheh,  Negeri Sembilan, Ahmad Luqman Ahmad Zaini, 20.

Menurutnya, dia mula menghafaz al-Quran ketika belajar di Maktab Rendah  Sains Mara (MRSM) Gemencheh,  Negeri Sembilan di bawah bimbingan guru dikenal sebagai Ustaz Firdaus.

“Bermula dari tingkatan 1 hingga 5 sebelum berjaya hafaz kesemua 30 juzuk serta kali  pertama memasuki pertandingan peringkat Negeri Sembilan dinobatkan sebagai johan.

“Tapi saya tidak menang apabila ke peringkat kebangsaan dan setelah tamat di MRSM, saya melanjutkan ke Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu.

“Di sini saya memperkemaskan lagi hafazan dan bacaan  dan esok (hari ini), saya akan menyertai pertandingan sama bagi peringkat Wilayah Persekutuan untuk  tahun ini,” katanya.

Ahmad Luqman antara 243 pelajar yang menjayakan  Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Program Diploma  Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat 2019 di Darul Quran Jakim itu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, hafazan memerlukan seseorang itu  istiqamah dan memperbaiki kualiti bacaan termasuk  tajwid.

“Doakan saya berjaya  mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah selepas  tamat pengajian nanti,” katanya.

Pelajar Syukbah Qiraat Darul Quran Jakim ini julang nama negara apabila merangkul dua  kejuaraan pertandingan hafazan al-Quran peringkat Asean tahun lalu.

Ahmad Luqman (kanan) bersama Muhammad Dzulfaqar Mohd Zaini,19, menunjukkan piala johan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu. - Foto Ewarta Mara

Ahmad Luqman mendapat Johan kategori 1-10 juzuk, The Annual Prince Sultan Bin Abdul Aziz Competition On the Memorization Of Quran And Sunnah for Asean and Pacific Countries di Jakarta, Indonesia pada 22 Mac 2018 yang lalu. - Foto Ewarta Mara

 

Dia yang kini tahun akhir Diploma Tahfiz Al-Quran dan  Qiraat dinobatkan johan The Annual Prince Sultan Bin Abdul Aziz Competition on The Memorization of Quran and Sunnah for ASEAN and Pacific Countries bagi kategori 1 hingga 10 juzuk pada Mac.

Ahmad Luqman menewaskan 70 peserta dari 14  negara yang mengambil bahagian  pada pertandingan itu di Jakarta, Indonesia.

Dia mewakili negara selepas menjuarai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat  Kebangsaan bagi kategori 1 hingga 10 juzuk dengan johan di peringkat negeri Melaka.

Ahmad Luqman juga pernah mewakili negara dalam  acara tilawah serta hafazan  di 13th Edition of King Mohammed IV International Award For The Holy Quran Memorization, Recitation and Interpretation di Maghribi, November 2017.

Pada November 2018,  sekali lagi muncul johan pada Pertandingan Musabaqah  Hifzhil Quran Tingkat ASEAN 2018 bagi kategori 1 hingga 15 juzuk yang  berlangsung Jakarta, Indonesia.

Berita penuh boleh dibaca menerusi link ini https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/bekas-pelajar-mrsm-gemencheh-dinobat-hufaz-terbaik-asean-ini-rahsianya-baiki-hafazan-dan-bacaan-1.922274

 

Ahmad Luqman mendapat hadiah ketika Pertandingan Musabaqah Hafalan Al Quran peringkat Asia Pasifik tahun lalu. - Foto Ewarta Mara

- Foto Ewarta Mara