KUALA TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini ditutup bermula semalam selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19.

Pengarahnya, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu.

Bagaimanapun, tempoh penutupan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

“Hari ini (semalam) juga kontak rapat kepada kakitangan itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.

“Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Katanya, buat masa ini semua Tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa. -Bernama   

Artikel lain    

Guru wanita positif Covid-19. SK Permatang Janggus ditutup sehingga 8 Oktober ini 

KPM dirayu lihat permasalahan dihadapi warden sekolah - NUTP