Asis FC cipta kejutan tewaskan SBPI Temerloh

SEKOLAH Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (Asis) mencipta kejutan apabila muncul juara Kejohanan Star National Soccer B-15 di Ipoh, baru-baru ini.

Tampil selaku bukan pilihan, skuad kendalian Mohd Yusri Yunos itu menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Aiyubi
Solahuddinnizam Muhammad Nasarudin di perlawanan akhir.

"Ini penyertaan sulung kami. Saya tidak menyangka Asis FC mampu muncul juara memandangkan pasukan dibarisi pemain berusia 13 dan 14 tahun.

"Berbeza dengan lawan, majoriti mereka membariskan pemain berusia 15 tahun," katanya.

Kata beliau, kemenangan itu sudah tentu menjadi tonik bagi menghadapi kejohanan B-15 peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu bulan depan.

Kapten pasukan Asis FC menerima piala kemenangan sambil diperhatikan jurulatih Asis FC, Mohd Yusri Yunos (kanan).