MALAYSIA mencapai sasaran 111 pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ditetapkan walaupun temasya edisi ke-29 itu bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi.

Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang yang suka bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar, Dungun merangkul angka keramat itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam semalam.

Azizulhasni beraksi pada saringan Pecut Lelaki Sukan Sea 2017 di Velodrom Nasional, malam semalam.

Azizulhasni terjatuh akibat trek licin ketika acara Pecut Lelaki Individu akhir Sukan Sea 2017.

Azizulhasni meraikan kejayaan meraih pingat emas ke-111 negara bersama penyokong selepas memenangi acara pecut lelaki individu pada Sukan Sea 2017.

Detik perkiraan angka 111 bermula selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara reben dan kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan ke-111.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet “MIssion accomplished. #111 done. #KitaJuara” (Misi tercapai#111 dilakukan #KitaJuara), menunjukkan bahawa Malaysia telah muncul juara keseluruhan.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Jaafar dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani bersama Azizulhasni.

Azizulhasni menjerit puas selepas muncul juara Pecut Lelaki Individu pada Sukan Sea KL 2017.

Azizulhasni bersama keluarga bergambar dengan sumbangan pingat emas ke-111 untuk Malaysia dalam acara Pecut Lelaki Individu Sukan Sea 2017.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar bersama Azizulhasni pingat emas ke-111 negara yang dimenanginya dalam acara pecut lelaki individu pada Sukan Sea 2017.  

Bagaimanapun, Khairy, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Malaysia (Masoc) berkata, bahawa perjuangan belum berakhir kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada 1959.

Pencapaian 111 emas setakat ini menyamai pencapaian sama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi ke-21 pada 2001.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlet Malaysia atas kejayaan meraih pingat emas negara yang ke-111, sekali gus menepati sasaran Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Beliau berkata, pencapaian bersejarah itu mengesahkan Malaysia sebagai juara keseluruhan Sukan Asia Tenggara tahun ini.

“Suka hati saya umumkan kita telah berjaya mendapat 111 emas seperti sasaran kita.

“Dengan ini, maka sahlah Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan Sea. Pencapaian ini mencatat sejarah gemilang oleh semua atlet Sukan Sea negara,” katanya spontan bagi menyampaikan berita baik itu kepada hadirin ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek River Of Life (Sungai Nadi Kehidupan) dan Kolam Biru di sini, semalam.