PERSATUAN Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mengumumkan lima daripada enam calon pemain wanita yang akan beraksi untuk negara pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan.

Lima nama yang tersenarai ialah S Sivasangari, Rachel Arnold, Andrea Lee, Zoe Foo dan Aifa Azman.

Kini hanya tinggal satu lagi slot terakhir untuk direbut pemain muda negara yang pastinya mengimpikan aksi di pentas yang menghimpunkan pemain skuasy terbaik dalam kalangan negara di rantau Asia Tenggara.

\

NUR ALIAH IZZATI

Antara enam nama yang dicanang bakal mengisi slot terakhir termasuk Ooi Kah Yan, Chan Yiwen, Aika Azman, Nazihah Hanis, Lai Wen Li dan Nur Aliah Izzati.

]

KAH YAN

Bagi Kah Yan, tersenarai sebagai antara peserta untuk mengisi slot terakhir satu penghormatan kepada dirinya.

Menurutnya, peluang beraksi di pentas Sukan Sea menjadi salah satu daripada impiannya.

"Saya amat berharap keputusan daripada perlawanan sebelum ini cukup untuk melayakkan saya beraksi di Sukan Sea.

"Daripada ujian percubaan Sukan Sea tempoh hari saya telah menang empat daripada lima perlawanan dan ini sedikit sebanyak meyakinkan saya untuk merealisasikan impian beraksi di Sukan Sea," katanya.

LAI WEN LI

Kah Yan disebut-sebut calon terbaik mengisi slot terakhir selepas menunjukkan peningkatan memberangsangkan belakangan ini.

Bermula dengan membantu skuad negara memenangi emas dalam kategori berpasukan pada Kejohanan Skuasy Asia Tenggara Februari lalu dan selepas itu beliau turut muncul juara Kategori Wanita Bawah 17 Tahun di Kejohanan Remaja Kebangsaan.

CHAN YIWEN

Selain Kah Yan, satu lagi nama yang menjadi sebutan mengisi slot terakhir ialah Chan Yiwen.

Namun, sehingga kini peluang masih lagi terbuka dan enam nama yang disenarai pendek pastinya mahukan impian beraksi untuk negara di pentas Sukan Sea dapat direalisasikan.

AIKA AZMAN