Lima perejam terbaik dunia ini buatkan pemain takraw sekolah menitik air mata

1. Anuwat Chaichana (Thailand)

Selain pemain hebat seperti Thaweesak Thongsai, Thailand juga melahirkan seorang lagi perejam berbakat besar iaitu Anuwat Chaichana.

Libasan gulung Anuwat pernah mencatatkan kelajuan 72 km/j dan kelajuan seperti ini pastinya akan menyukarkan sesiapa sahaja untuk menahan bola yang dilibas pemain itu.

2. Khairol Zaman Hamir Akhbar (Malaysia)

Pemain dari Malaysia ini, mula menempah nama sebagai pemain sepak takraw antarabangsa pada tahun 2014. Kelajuan libasan yang dilakukan Khairol Zaman juga pernah mencecah kelajuan sehingga 60 km/j.

3. Thaweesak Thongsai (Thailand)

Nama Thaweesak Thongsai sebelum ini tidak pernah didengari sehinggalah pada 2014, nama beliau tiba-tiba melonjak gara-gara kehebatan libasannya. Thaweesak adalah seorang 'killer'  yang membuat libasan gulung dan libasannya juga pernah mencecah kelajuan sehingga 60 km/j.

4. An Soo Im (Korea Selatan)

Im An Soo terkenal dengan reputasinya membuat rejaman sisi dan kelajuan libasannya pernah mencecah 62 km/j. Sekali sekala, beliau juga boleh membuat libasan gulung.

5. Rheyjey Ortouste (Filipina)

Pemain ini berasal dari Filipina dan baru berusia 21 tahun. Beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan ini kerana usianya yang masih muda. Jenis libasan yang digunakan oleh Rheyjey adalah libasan gulung. Libasan bolanya pernah mencecah kelajuan 58 km/j.