MERSING - Lebih 400 pelajar dari 30 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di daerah ini menjayakan Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2017, baru-baru ini.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing muncul johan kategori bawah 18 tahun manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu johan kategori bawah 15 tahun.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Iskandar pula johan bagi kategori bawah 12 tahun.

Dalam acara tahunan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 6 itu, semua pemenang menerima pingat dan piala pusingan.

Mersing bakal menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSJ peringkat negeri di Segamat, Johor pada 20 dan 21 Februari ini.

Difahamkan, 24 peserta terbaik dari Kejohanan Merentas Desa MSSD ini bakal bertanding bagi enam kategori lelaki dan perempuan.