Pelajar Tingkatan Satu yang merupakan pelumba Go-kart negara, Putera Adam Halim berjaya menjuarai pusingan keempat IAME Siri Asia 2019 sekali gus meletakkan dirinya sebagai pendahulu keseluruhan dalam kategori Junior dengan 128 mata pada tahun pertama penyertaannya.

Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan ketiga di Manila Filipina, Putera Adam memperkemaskan pemanduannya menerusi jentera Kart Republic milik pasukan I.S Racing dengan mendominasi keseluruhan sesi kelayakan dan perlumbaan.

Bermula di petak pertama, pelumba berusia 13 tahun itu mengekalkan momentum pemanduannya meskipun dicabar pemandu kelahiran Filipina, Bianca Bustamante yang menduduki tempat kedua dan Adrian Hassan dari Indonesia di kedudukan ketiga.

Putera Adam yang juga Juara Kejohanan X30 Asia 2018, ternyata berada di kelas tersendiri sepanjang Kejohanan IAME Siri Asia ini apabila menjadi pelumba tunggal dari Malaysia menaiki podium pada tiga pusingan sebelum ini.

Pemandu yang pernah menaiki podium di Kejohanan WSK Super Master Series di Venice, Itali itu dilihat mampu menjadi Juara keseluruhan Perlumbaan IAME Siri Asia 2019 yang berbaki dua lagi pusingan iaitu di Langkawi pada 3 hingga 4 Ogos dan pusingan terakhir akan berlangsung di Sepang pada 14 hingga 15 September ini.

Menurut Putera, perlumbaan pusingan kelima yang akan berlangsung di Langkawi nanti mampu dijadikan penentu kejuaraan keseluruhan kejohanan dan misi untuk menduduki tempat pertama amat penting bagi mengakhiri musim 2019 dengan cemerlang.

Tambahnya lagi, ia juga dijadikan sebagai platform terbaik buat dirinya untuk mendapatkan rentak sebelum menyertai beberapa kejohanan penting di Eropah pada tahun hadapan yang pastinya mencabar.

Baca:

Link soalan percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

12 punca anak malas belajar... mama papa wajib sedar serta selesaikan segera

Latih tubi Matematik untuk murid Tahun Enam - Ada 10 soalan untuk dijawab

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan