Setia Alam - Kejohanan jemputan Ragbi Rimau Shah Alam 7s bawah 11 tahun 2017 telah berjaya diadakah pada 8 April lalu anjuran Rangers Rugby Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam. Kejohanan ini telah dirasmikan olehNaib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Nor Hisham Ses.

Kejohanan ini telah disertai oleh 32 buah sekolah dari enam buah negeri sekitar semenanjung. Terdapat lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Cup, Plate, Bowl, Shield, Spoon, Fork, Saucer dan Knife.

Menurut pengurus kejohanan, Ahmad Dzia Ul Haq Japeri berkata, pertandingan yang julung kali diadakan itu adalah bagi memperkenalkan sukan ragbi kepada murid, untuk memperluaskan lagi sukan ragbi di negara ini sertamemberi peluang kepada murid meraih pengalaman baru di dalam sukan ragbi.

Menurut beliau lagi, ragbi bukan lah sukan yang ganas. Dengan adanya pertandingan seperti ini dapat memperlihatkan sukan ini adalah sukan yang menyeronokkan serta dapat menaikkan semangat berkumpulan dalakalangan pemainnya.

"Melalui pertandingan ini juga akan menarik lebih ramai murid untuk menyertai sukan ragbi dan mendapat sokongan daripada ibu bapa murid itu sendiri," katanya lagi.

Katanya lagi, di negara maju sukan ragbi telah diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal dua tahun sebagai salah satu landasan untuk membentuk sahsiah secara 'hands on'.

Bagi kategori Cup, johan dimiliki oleh SK Taman Seri Pulai dan naib johan dimenangi oleh SK Setia Alam. SK Taman Rinting dan SK Lavender Heights terpaksa akur dengan kedudukan tempat ketiga.

Johan kategori Plate pula dimiliki oleh SK Bandar Utama Damansara 2 dan naib johan disandang SK (2) Sepang lima, serta  SK Pulau Indah dan SK Bandar Utama Damansara 4 mendapat tempat ketiga.

SK Taman Sungai Besi Indah memperoleh johan bagi ketegori Bowl, manakala SK Bandar Putra dan SK Bukit Naga serta SK Bukit Beruntung masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori Shield, SK Bukit Lanjan telah memperoleh johan, naib johan dimenangi oleh SK Putrajaya Present 16 (1) dan tempat ketiga SK Taman Bunga Raya 2 dan SK Jalan Yusuf.

SK Seremban (2), SK Selfeld 3 dan SK Putrajaya presint 8(2) dan SK Felda Bukit Batu (2) masing-masing memperoleh johan, naib johan dan tempat ketiga di dalam kategori Spoon.

Kategori Fork menyaksikan johan dimiliki oleh SK Seksyen 7 dan naib johan dimiliki oleh SK Seksyen 18, tempat ketiga pula dimenangi oleh SJKC Yeong Seng dan SK Chohong.

Johan kategori Saucer dimiliki oleh SK Seksyen 19 dan naib johan SK Sri Serdang. SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi dan SK Sungai Pusu pula memperoleh tempat ketiga.

SK Sungai Buaya memperoleh johan bagi kategori Knife dan SK Rancangan Tanah Belia memperoleh naib johan, manakala SK Setia Alam dan SK Pandan Indah memperoleh tempat ketiga dalam kategori ini.