IPOH - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rungkup, Bagan Datuk, Koh Chin Chuan tidak menyangka dipilih Anugerah Blocker Terbaik Lelaki Bawah 18 Tahun.

Catatan itu diraih semasa mewakili Perak di Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) 2018 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  (SJKC) Sam Chai, Ipoh, baru-baru ini.

"Saya teruja sebab tak sangka dinobatkan penerima anugerah blocker terbaik.

"Cikgu yang latih saya cakap, tangan Chin Chuan sangat kuat," ujarnya ketika  ditemui.

Katanya, sebelum ini mereka giat menjalani latihan di Unit Sukan Perak Pasir Putih di Ipoh. Jelas pelajar Tingkatan Lima itu, aksi akhir bertemu Selangor cabaran terhebat mendebarkan sepanjang kejohanan itu.

Bagaimanapun, Chin Chuan terpaksa akur apabila tewas dalam perlawanan itu.