KOTA BHARU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sering menjuarai kategori bawah 18 tahun Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Kota Bharu Utara, baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang SMK Kubang Kerian 2, sekolah berkenaan menumpaskan SMK Panji 1-0 menerusi jaringan Nik Muhammad Basir Nik Hea dalam babak pertama.

SMK Kubang Kerian 3 mengecewakan hajat SMK Kedai Buloh menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 setelah terikat tanpa jaringan hingga masa permainan sebenar tamat untuk menduduki mtempat ketiga.

Sementara itu, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) memenangi kategori bawah 15 tahun setelah menewaskan SMK Kemumin 1-0 manakala naib juara tahun lalu, SMK Raja Sakti menamatkan kempen di tangga ketiga mengatasi SMK Putera menerusi sepakan penalti 4-3.

Kategori bawah 12 tahun pula menyaksikan kejuaraan dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Hashim, naib juara SK Kedai Buloh, ketiga, SK Kubang Kerian 1 dan keempat, SK Kemumin.

Penyelia Teknologi Maklumat PPD Kota Bharu, Mohd Faizal Md Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Hadir sama Pengerusi Teknik Bola Sepak Kota Bharu, Harizam Hamid, guru serta pengetua sekolah terlibat.