KUANTAN - Pasukan Maverick Racing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang akan mewakili negara ke pertandingan Formula One (F1) In SchoolsTechnology Challenge peringkat antarabangsa di Sunway, Kuala Lumpur September ini.

Guru penasihat pasukan, Hasfasuriazal Hasman berkata Formula One Technology Challenge adalah satu bentuk pertandingan projek merekabentuk kereta yang telah diimplentasikan di seluruh dunia dengan penglibatan lebih 20 negara dari Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, Australasia dan Asia. Setiap tahun, pasukan F1 in Schools akan menempuh pertandingan peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan.

"Peserta terbaik dari setiap negara akan bertanding untuk mengungguli takhta F1 in Schools, F1 Bernie Ecclestone Award.

"Pasukan yang terdiri dari 3 hingga 5 peserta dari sekolah menengah di seluruh Malaysia akan merekabentuk (design), menganalisis (analyse), menguji (test), membuat (manufacture) dan berlumba (race) menggunakan kereta miniatur f1 kayu balsa berkuasakan katrij CO2.

"Penyertaan murid-murid dalam aktiviti ini mampu mencungkil bakat dan potensi dalam bidang rekacipta dan inovasi berteraskan sains teknologi, membangunkan kemahiran hard and soft skills dan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran multi-tasking ke arah mencapai misi negara," katanya.

Tambah Hasfasuriazal lagi, ia juga membuka ruang untuk meningkatkan kecekapan pendidikan, keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

"Program ini merupakan salah satu aktiviti kokurikulum murid yang tertera di bawah Teras ke-5 pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

"Matlamatnya ialah untuk membangunkan Modal Insan melalui Pendidikan Sains dan Teknologi dan memupuk minat bagi mendalami ilmu sains dan teknologi melalui kaedah pembelajaran secara hands-on dan learning by making yang lebih ceria dan kompetitif memandangkan akses kepada pendidikan berkualiti menjadi fokus utama Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

"Maka adalah penting untuk membuat anjakan paradigma dan tranformasi dalam bidang kokurikulum dengan menyertai aktiviti ini di sekolah," katanya.

 



 

LATAR BELAKANG PASUKAN MAVERICK RACING

Pasukan Maverick Racing ini sebenarnya telah ditubuhkan pada awal tahun 2015. Pada awal penubuhannya, pasukan ini diwakili oleh 5 orang pelajar tingkatan 2.

Mereka dididik dengan penuh disiplinbagi menghadapi ini. Setelah setahun penubuhan pasukan ini berjaya menempah kejayaan demi kejayaan.

Bermula dari pertandingan peringkat zon pantai timur, peringkat kebangsaan dan kini mereka akan menempuh cabaran di peringkat akhir dunia 2017.

Oleh disebabkan aktiviti kurikulum perlu diberi keutamaan pasukan ini yang terdiri dari Ainul Jannah Hasim sebagai Resource Manager, Nur Sabrina Riduan sebagai Design Engineer, Nur Alia Natasha Amizi sebagai Manufacturing Engineer, Nur Aisyah Abdul Halim dan Muhammad Haziq Naqiuddin Mohd Ali sebagai Graphic Designer perlu membahagi masa dengan ketat sekali.

Mereka akan memfokuskan diri dengan akademik diwaktu persekolahan manakala waktu 9.00 malam sehingga ke 1.00 pagi mereka akan memastikan persiapan pasukan berjalan dengan lancar.

Walaupun ianya dilihat agak membebankan tertapi atas dasar minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan dan kerjasama antara ahli pasukan, sokongan guru dan ibubapa, hal ini langsung tidak menjejaskan semangat kami untuk bergelar juara dunia pada tahun ini.

Untuk rekod pasukan Maverick Racing bukanlah pasukan pertama dari sekolah ini yang telah mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Malahan, sebelum ini terdapat dua lagi pasukan yang pernah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa iaitu Spexlit Racing pada tahun 2013 dan Elixir Racing pada tahun 2016.

Berbekalkan pengalaman yang ada dari pelajar senior, kami berjanji akan memberiakan saingan yang sengit kepada 30 pasukan dari pelbagai negara luar yang bertanding.
Untuk makluman umum, pasukan ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman iaitu Hasfasuriazal bin Hasman, Abdullah bin Osman dan Zarina binti Abdullah.

Nama MaverickRacing diambil kerana ia melambangkan bahawa kami ialah seorang yang berdikari dan sentiasa melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka yang mana mencerminkan keperibadian kami.

Pasukan kami telah memegang motto ‘Breaking Through Limit’ . Kata-kata ini menunjukkan bahawa tiada apa yang boleh menghalang kami untuk terus melangkah ke hadapan serta mencapai matlamat kami untuk menjadi juara dunia pada tahun 2017 .

Pada pertandingan F1 In Schools peringkat kebangsaan pada 2016, pasukan kami, Maverick Racing telah merangkul johan keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Kami juga telah memenangi dalam kategori ‘Best Verbal Presentation’, ‘Enterprise Portfolio’ dan ‘Best EngineredCar’ .

Tiada perkataan yang dapat kami ungkapkan apabila pasukan kami dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

Konklusinya, tiada yang mustahil buat kami bergelar juara dunia di peringkat antarabangsa seterusnya membuatkan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju seantero dunia .

Umum mengetahui bahawa kami merupakan pelajar sekolah yang perlu seimbangkan kehidupan seharian kami dari aspek peribadi, akademik serta kokurikulum.

Oleh hal yang demikian, wajarlah kami mempunyai pengurusan masa yang berkesan kerana ia sangat penting kepada setiap pelajar seperti kami. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa masa itu emas, menunjukkan masa merupakan sesuatu yang sangat bernilai dan tiada tandingannya.

Dalam sepotong hadis, Rasulullah menyatakan bahawa masa ibarat mata pedang, jika kita tidak memotongnya, maka masa akan memotong kita. Begitulah pentingnya masa kepada semua orang, terutamanya kepada pelajar sekolah seperti kami .

Kami menguruskan masa kami dengan mengimbangkan peribadi, akademik dan kokurikulum. Walaupun kami sering sibuk dengan pertandingan ini, namun kami tidak pernah terlupa untuk meluangkan masa dengan keluarga, menguruskan peribadi dan yang paling penting adalah mengulang kaji mata pelajaran.

Kami sentiasa mengulang kaji dan bertanya rakan-rakan lain untuk mengimbangkan diri kami dari segi peribadi, akademik dan kokurikulum. Begitulah pentingnya masa kepada kami, jadi kami haruslah bijak menguruskan masa agar kami akan menjadi lebih cemerlang.

Tatkala kami sedang menuju ke tarikh pertandingan, kami berusaha sehabis baik untuk memperbaiki segala kelemahan dengan berkolaborasi dengan pihak universiti, pihak swasta dan koprat bagi mencapai impian dalam merangkul kejayaan.

Guru penasihat kami , Hasfasuriazal Hasman sering mendorong kami dalam membuat persediaan dengan menambahbaik konsep serta memperbaiki mutu kereta lumba sedia ada.

Bukan itu sahaja, Hasfasuriazal Hasman, Abdullah Osman, M.Nur Firdaus Pauzi serta Zarina Abdullah  banyak membantu serta memberi tunjuk ajar dalam persiapan pasukan ini .

Bagi kami mereka adalah tulang belakang kami dalam mendepani cabaran yang mendatang .

Tidak lupa juga kepada warga SMK Sultanah Hajjah Kalsom terdiri daripadabarisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan rakan-rakan  yang sering memberi dorongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Memandangkan kami akan mewakili negara di peringkat antarabangsa, kami menyeru semua pihak agar dapat memberi kerjasama serta menyokong kami bagi mencapai matlamat untuk menjadi juara dunia seterusnya mengharumkan nama negara.

Kami juga ada menghasilkan page kami di http://www.facebook.com/teammaverickracing dan website http://www.maverickracingg.com untuk mendapatkan informasi dengan lebih lanjut mengenai pasukan kami.