SHAH ALAM - Sukan merupakan satu kegiatan luar yang memberi manafaat terhadap setiap murid sekolah. Tidak hairanlah jika kita sering melihat kelibat pelajar yang tidak memakai uniform sekolah masuk ke kelas.

Selaras dengan dasar 'Satu Murid Satu Sukan', Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam memperkasa sukan ragbi kepada murid sekolahnya untuk bergiat aktif di dalam sukan, terutama ragbi bagi murid lelaki.

Pihak sekolah dan jurulatih juga memberi semangat kepada murid-murid dengan menghantar mereka menyertai pertandingan ragbi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pasukan ragbi SK Setia Alam telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan diberi nama Rangers Rugby. Pada permulaan, pasukan Rangers Rugby hanya terdiri daripada pelajar tahun empat dan enam, tetapi bilangan peserta yang menyertai ragbi sekolah meningkat dari tahun ke tahun.

Pemilihan pemain di dalam pasukan ragbi dibuka setiap tahun bagi murid sekolah yang berminat di dalam sukan ini dari umur enam tahun hingga 12 tahun.

Kejayaan Rangers Rugby semakin baik setiap tahun. Pada tahun ini, pasukan sekolah telah berjaya menjadi Johan Plate (MSSD) Petaling Perdana. Pada tahun yang sama, empat orang pasukan sekolah telah mewakili daerah untuk MSSS dan mendapat Johan Cup.

Pasukan Rangers Rugby membuat latihan dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu untuk meningkatkan prestasi permainan pasukan sekolah.

Menurut jurulatih pasukan, Ahmad Dzia Ul Haq Mohamad Japeri, baru-baru ini pasukan sekolah telah menyertai kejohanan Rugby Carnival pada 22 hingga 23 lepas. Kejohanan tersebut telah berlangsung di padang Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Pasukan Rangers Rugby telah menyertai Boys U11 dan Boys U12 dan pasukan telah mendapat tempat ketiga di dalam kedua-dua pertandingan yang disertainya," katanya lagi kepada gpsbestari.com.



Info :

Kejayaan dan perlawanan yang disertai sepanjang tahun ini:

1. Mont Kiara Kejohanan Ragbi Rimau R10 7S.

2. SK Bukit Beruntung, Kejohanan Ragbi.

3. Rimau 7s Proton City, Tanjung Malim, Perak.

4. KeJohanan Ragbi Rimau MSSD B10.

4. Sk Seafield 3, Karnival Ragbi KPM-KBS-MR-SALBROS.

5. Kejohanan Rugby Carnival, UPM Selangor.