SHAH ALAM - Kontinjen negara menutup hari kelima Kejohanan Sukan sekolah Asean Kali Ke-10 2018 dengan  menambah lima pingat emas, lapan pingat perak dan empat pingat gangsa.

Pasukan bola tampar negara terus memperagakan aksi cemerlang apabila menyumbang pingat emas selepas mengatasi pasukan Thailand menerusi perlawanan empat set 22-25, 25-21, 32-30, 25-21 dengan keputusan penuh 100-97 di Dewan MBSA, Shah Alam.

Dalam sukan skuasy, Noor Aina binti Amani menyumbang pingat emas dalam acara Perseorangan (P) di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, pasukan badminton negara juga turut menambah dua lagi pingat emas, tiga perak dan dua gangsa dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pingat emas dimenangi menerusi Yap Roi King-Chooi Jhy Dar dalam acara beregu (L) dan Yap Roi King-Gan Jing Er dalam acara Beregu Campuran.

Di Pusat Akuatik Darul Ehsan, atlet renang Sebastian Soon terus cemerlang menambah pingat emas dalam acara 1500 meter Gaya Bebas (L) dengan catatan masa 16 minit 9.87 saat.

Kejohanan Sukan sekolah Asean Kali Ke-10 2018 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya semalam apabila kontinjen Malaysia menampilkan pencapaian terbaik sebagai Johan Keseluruhan dengan mengumpul 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa dalam 11 acara yang dipertandingkan.
 

Berikut adalah jumlah kedudukan pingat bagi negara yang bertanding pada hari terakhir kejohanan.

Pasukan Malaysia memenangi pingat emas dan perak dalam acara Skuasy (Girl Single).


Pasukan Malaysia merangkul pingat emas dalam acara Bola Tampar (L).


Sebastian Soon memenangi pingat emas dalam acara 1500m Renang Gaya Bebas.


Pasukan Malaysia memenangi pingat emas dan perak dalam acara  Skuasy  (Boys Double).