SEKOLAH Dato Abdul Razak, Seremban (SDAR) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Super 4 Boys Premier Cup selepas menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) dengan keputusan 3-1, baru-baru ini.

Kejohanan julung kali ini anjuran bersama Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Lebih meriah, kejohanan yang berlangsung di Stadium Pancarona itu turut disertai empat sekolah elit berasrama penuh lelaki di Malaysia.

Pengetua SAS Datuk Haidzir Hussin ketika ditemui menyifatkan kejohanan itu lahir hasil cetusan ideanya bersama Yang Dipertua PIBG SAS, Datuk Razali Merican Naina Merican.

Ia antara lain bertujuan menjadikan bola sepak sebagai salah satu sukan tumpuan bagi sekolah berasrama penuh selain ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kejohanan berkenaan berlangsung selama tiga hari dan telah dirasmikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSBPSKKPM), Datuk Rashidah Md Arif.

KEDUDUKAN KESELURUHAN

* 11 NOV 2016 Jumaat
  SAS VS SDAR (1-3)

* 12 NOV 2016 Sabtu
  SAS VS STAR (1-3)
  MCKK VS SDAR (0-1)
  MCKK VS STAR (1-1)

* 13 NOV 2016 Ahad
  STAR VS SDAR (2-1)
  SAS VS MCKK (2-2)

FINAL SUPER 4 2016:

* 13 NOV, AHAD
  STAR VS SDAR (1-3)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) turut mengambil bahagian namun gagal ke perlawanan akhir.

Aksi pemain SAS ketika bertemu lawan.

 Kontinjen SAS antara pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.