KOTA TINGGI - Selangor muncul juara keseluruhan Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan Edisi Ke-4, baru-baru ini dengan mengutip 185 mata.

Tempat kedua dimenangi Perak yang memungut 131 mata, manakala tempat ketiga dirangkul negeri Melaka dengan 88 mata.

Acara penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan dalam satu majlis di Dewan Besar, Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar.

Terdahulu, sebanyak 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain Labuan dan Putrajaya membabitkan lebih 500 peserta terlibat dalam kejohanan yang berlangsung dari
25 hingga 29 November di beberapa tempat dalam daerah ini.

Antara acara dipertandingkan adalah futsal, bola jaring dan bola keranjang.

Kamalanathan (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.