Bangi - Pasukan Wira Semenyih B berjaya dinobat juara pada Kejohanan Bola Sepak Hari-Hari 7 Sebelah 12 Tahun Ke Bawah yang diadakan 11 dan 12 November lalu.

Kejohanan yang berlangsung sengit di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi menyaksikan kesungguhan kesemua pasukan untuk bergelar juara.

Naib juara disandang pasukan Osamaladen FC manakala tempat ketiga pasukan AAB MBSA B.

Manakala pasukan Lipas Kudung pula terpaksa berpuas hati setelah hanya mendapat saguhati.

Pasukan Osamaladen FC, naib juara.

Pada kejohanan itu, pemain no. 6 dari pasukan Wira Semenyih B dinobat sebagai pemain terbaik setelah menonjolkan aksi permainan yang mantap dan berjaya membawa pasukan ke pentas juara.

Kejohanan itu bertujuan membentuk sikap dan amalan postif dalam kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.

Selain itu, Hari-Hari ingin mencungkil bakat baharu agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi selain mendorong pelajar mengeluarkan strategi bernas ketika menyertai aktiviti berkumpulan.

Pasar raya Hari-Hari juga ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan sosial.

Pasukan AAB MBSA B, tempat ketiga.

Pasukan Lipas Kudung, saguhati.

Sebahagian pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Hari-Hari 5.  Sebelah 12 Tahun Ke Bawah anjuran Hari-Hari.

Antara pasukan yang terlibat.