PETALING PERDANA - Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu sukan Jombola?. Sekali pandang, ia seperti sukan ping pong berikutan jenis raket atau bat yang digunakan hampir sama bentuknya. Tapi ianya di main di gelanggang badminton.

Cara permainannya pula mengikut rentak badminton, ping pong dan tenis hinggakan ia menuntut ketajaman penglihatan serta ketangkasan fizikal si pemain.

Oleh itu, satu kejohanan Jombola Sekolah Rendah Daerah Petaling Perdana telah diadakan pada 25 hingga 26 april lalu. Kejohanan itu berlangsung di Kompleks Sekolah Wawasan, SK Dato' Onn Jaafar USJ 15 Subang Jaya
.

Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 18 Shah Alam telah menghantar enam orang wakil sekolah untuk bertanding dengan 13 sekolah yang lain didalam acara sukan ini.

SK Seksyen 18 Shah Alam telah mendapat Johan Keseluruhan Kejohanan dalam Piala Pusingan Ir. Tan Siong Lim dan Johan Beregu Lelaki. Manakala dalam kejohanan beregu perempuan sekolah mendapat tempat ke-2. Bagi kategori  beregu perempuan A dan Perseorangan Perempuan masing-masing mendapat tempat ke-3.

Jurulatih pasukan SK Seksyen 18 Shah Alam, Ahmad Tarmizi Mohamed Zahri berkata, kami merasa bangga dengan pemain kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang luar biasa sehingga berjaya menjuarai pertandingan ini walaupun baru pertama kali menyertai.

"Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membantu khasnya Guru besar, Zuraidah Abd Aziz, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Suria Mohamad kerana banyak memberi sokongan dan motivasi sebelum kejohanan bermula" katanya lagi.