Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMAHMY), di sini, baru-baru ini, mampu dijadikan platform terbaik mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, Zaidi Ujang berkata, melalui kejohanan berkenaan, pelajar dapat menonjolkan bakat masing-masing dan bersaing sesama sendiri untuk muncul juara.

Acara perasmian penuh simbolik tradisi Melayu sempena Kejohanan Sukan Peringkat SMAHMY.

Menurutnya, kejohanan tahunan juga menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko kurikulum, sekali gus mendapatkan markah khusus untuk tujuan berkenaan.

“Dalam kejohanan kali ini, antara acara padang yang diadakan ialah lontar peluru, merejam lembing, lompat jauh, lempar cakera, selain aktiviti perbarisan, sukaneka guru dan pelajar serta lain-lain lagi bagi memeriahkan lagi kejohanan.

Pasukan tarik tali guru.

“Dalam kejohanan kali ini, johan keseluruhan berjaya dimenangi oleh Al-Mawardi mewakili rumah Merah.

Naib johan, Al-Kindi mewakili rumah Kuning, tempat ketiga, Ar-Razi mewakili rumah Biru dan keempat, Al-Farabi mewakili rumah Hijau,” katanya sempena Kejohanan Sukan Peringkat SMAHMY di Padang SMAHMY, di sini, baru-baru ini.

mage.jpg

Al-Kindi mewakili rumah Kuning muncul sebagai Naib Johan sempena Kejohanan Sukan Peringkat SMAHMY di Padang SMAHMY, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Sektor Pendidikan Islam selaku alumni SMAHMY, Mohd Wazir Hamzah.

Sementara itu, Pengetua SMAHMY, Solahuddin Abd Rahman berkata, pihaknya berhasrat untuk bukan hanya melahirkan golongan huffaz, bahkan, modal insan yang mempunyai keterampilan dalam pelbagai aspek baik akademik, mahupun ko kurikulum.

Johan keseluruhan berjaya dimenangi oleh Al-Mawardi mewakili rumah Merah sempena Kejohanan Sukan Peringkat SMAHMY.

Menurutnya, aktiviti kesukanan mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja sihat, malah mempunyai minda cerdas seterusnya membantu proses pembelajaran mereka.

“Kita juga ingin lahirkan pelajar bergelar huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademi, malah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah,” katanya.

Acara perasmian penuh simbolik tradisi Melayu sempena Kejohanan Sukan Peringkat SMAHMY di Padang SMAHMY.