SHAH ALAM - Kickerz Football Academy (Kickerz FA), merangkul kejuaraan KLI Cup 2018 di Ardence Arena, Eco Ardence, Shah Alam.
Dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik barubaru ini, Kickerz FA bertemu Turf City Football Club, Singapore (Turf City FC) dengan jaringan 3 berbalas 1.
Kickerz FA yang membawa nama Malaysia dalam perlawanan akhir itu, bermula agak goyang selepas Turf City FC menjaringkan gol awal yang memberi tekanan kepada Kickerz FA untuk mencari gol penyamaan.
Bagaimanapun, atas semangat membara, akhirnya Kickerz FA menyamakan kedudukan sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.
Perlawanan separuh masa kedua bermula agak sengit apabila kedua-dua pasukan sentiasa membuat serangan mencari gol bagi memberi kelebihan kepada pasukan masing-masing.
Akhirnya, Kickerz FA berjaya menjaringkan lagi 2 gol pada separuh masa kedua dan seterusnya mengesahkan Kickerz FA juara bagi kategori bawah 12 tahun.
Lebih membanggakan lagi, dua pemain Kickerz FA dinobatkan sebagai penjaring terbanyak iaitu Muhammad Fahmy Haziq Joharie dan Muhammad Dainie Mat
Disa.
Masing-masing menjaringkan 4 gol sepanjang kejohanan 3 hari itu Kickerz FA juga berjaya menduduki tempat kedua ‘plate’ kategori bawah 14 tahun selepas tewas kepada Titian FC di perlawanan akhir.
Kejohanan ini menampilkan pasukan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang meliputi kategori bawah 12, bawah 14 dan bawah 16.