Majlis Pelancaran Akademi Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Terap telah dilaksanakan pada Ahad lalu, 20 Ogos 2017.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim.

Datuk Badrul Hisham juga turut menyumbangkan sebanyak RM2000 untuk program pembangunan Akademi Bola Sepak SKPT 2017.

Datuk Badrul Hisham juga berharap program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dalam tempoh jangka pangjang.

"Semoga Akademi ini dapat melahirkan pemain yang berbakat dan tidak mustahil akan muncul pemain dari SK Padang Terap mewakili pasukan bola sepak Kedah dan kebangsaan suatu hari nanti," katanya.

Sesi penyampaian sumbangan jersi.

Murid memperagakan Jersi sumbangan.

Penyampai jersi latihan kepada waris pemain.



Sedikit info ringkas Akademi Bola Sepak SKPT

PENUBUHAN AKADEMI

Penubuhan Akademi  Bola sepak SKPT adalah hasil kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan JKKK Kampung Padang Nyior serta sumbangan dari pihak syarikat KN Kiara Enterprise.

MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan khususnya Sukan Bola Sepak.

Untuk mencungkil bakat–bakat baru agar boleh di ketengahkan bakatnya bagi mewakili SKPT, seterusnya membentuk sebuah Pasukan Bola Sepak SKPT yang mentap bagi capai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi khususnya peringkat Daerah Padang Terap.

PERLAKSANAAN PROGRAM        
Sesi latihan akan diadakan pada setiap minggu pada hari Jumaat & Sabtu. Masa latihan adalah pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.
Seramai 34 Orang murid terpilih untuk menyertai Akademi Bola Sepak SKPT.⁠⁠⁠⁠