Kejohanan Piala Raja Muda sudah sampai kemuncaknya, dua pasukan telah layak mara ke peringkat akhir Sabtu ini.

Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana akan bertemu SK Taman Universiti di padang SUK Shah Alam.

Juara perlawanan ini akan menerima RM10,000 dan naib johan akan menerima RM7,000.

Perlawanan dijangka berlangsung pada jam 3 petang.

Sementara itu, pengerusi pengelola kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata,harapan besar untuk melihat pasukan yang bakal ke peringkat akhir bermain dengan penuh semangat dan menunjukkan semangat kesukanan tinggi kerana tujuan Piala Raja Muda untuk mencari pemain di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau berharap dapat membentuk satu kumpulan bawah 12 tahun yang berbakat besar dan mantap.

"Cuaca yang kerap hujan sekarang membantaskan para pemain menunjukan aksi permainan yang

mereka ada,kerana padang yang basah akan membataskan pergerakan mereka",katanya lagi.

Pasukan SK Puchong Perdana