Kemuncak perlawanan Piala Raja Muda edisi ke-29 sudah berakhir pada sabtu lepas di Padang SUK Shah Alam.

Sebanyak 32 pasukan berentap dari 5 Oktober untuk merebut Piala Raja Muda namun adat pertandingan hanya satu pasukan sahaja yang layak bergelar juara.

Empat pasukan telah layak ke peringkat akhir, pasukan yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20, Shah Alam, SK Sri Kelana, SK Puchong Perdana dan SK Taman Universiti.

Perlawanan sengit yang berlangsung di padang SK Seksyen 7, Shah Alam di antara pasukan SK Seksyen 20 dan pasukan SK Sri Kelana telah memihak pada pasukan Sk Sri Kelana dengan jaringan 1-0 seterusnya melayakkn pasukannya menduduki tempat ke-3 didalam Piala Raja Muda tahun ni.

Manakalah pasukan SK Seksyen 20 perlu pasrah dengan memperolehi tempat ke-4 Piala Raja Muda pada tahun in, walaupun pasukannya merupakan juara enam kali didalam pertandingan ini.

Sementara itu, Jurulatih pasukan SK Seksyen 20, Muhammad Fadzli Baharudin berkata, walaupuan pasukannya tidak berjaya menjadi juara pada tahun ini, pihak sekolah dan para barisan jurulatih tetap berbangga dengan pemain yang menunjukan kesungguhan dan semangat mereka ingin menang didalam perlawanan ini.

Menurut penyelaras pasukan bola sepak SK Seri Selangor, Wan Asrul Afrendi Wan Ali berkata, latihan telah dilakukan sepanjang tahun kerana pasukan sekolah sentiasa aktif di dalam program berkaitan bola. Mereka juga menyertai banyak perlawanan persahabatan dengan sekolah lain, dan turut serta di dalam perlawanan peringkat negeri.

" Kemenangan tempat ke-3 didalam Piala Raja Muda sudah cukup membanggakan pasukan bola sekolah, katanya lagi.

Perlawanan lebih kencang di Padang SUK dengan kehadiran Raja Muda Selangor yang menyaksikan sendiri secara dekat kemuncak perlawanan di anatar Psukan SK Puchong Perdana dengan Pasukan SK Taman Universiti.

Dalam perlawanan tersebut, SK Puchong perdana telah menyempurnakan gol pertama pada minit-3 oleh jaringan, Mohamad Harizul Izwan Abd Karim, kesempurnaan jaringan yang diberikan telah memeriahkan suasana padang tersebut dengan sorakan penyokong pasukan tersebut.

Kegembiraan ternyata tidak lama bagi pasukan SK Puchong perdana setelah pasukan SK Taman Universiti bangkit di separuh masa ke dua dengan semangat penyokongnya memberi sorakan tanpa jemu walaupun keadaan sendu pada separuh masa pertama.

Jaringan pertama Pasukan sK Taman Universiti telah disempurnakan pada minit ke-40 hasil rembatan Mohd Syazwan Hafiz Mohd Rosdi, sekaligus menyamakan kedudukan dengan pihak lawan.

Sekali lagi SK Taman Universiti mengejutkan pihak lawan dengan menjaringkan gol ke dua pada minit ke-43 dengan jaringan gol oleh Mohammad Alban Hud Mohd Yuzli, ini menjadikan kedudukan 2-1 pada perlawanan tersebut.

Kejayaan piala tahun ini berjaya dimiliki oleh pasukan SK Taman Universiti.

Pasukan SK Puchong Perdana terpaksa akur dengan memperolehi tempat ke-2 dalam perlawanan tahun ini.

Sementara itu, Pengurus pasukan SK Taman Universiti, Abdul Rahim Shabuddin melahirkan perhargaan kepada kesemua yang terlibat dalam membimbing pasukan ini sehinnga mampu menjadi juara Piala Raja Muda pada tahun ini.

Bagi pengurus pasukan SK Puchong Perdana, Mohd Helmy Maakol pula, biapun sedikit hampa, namun berpuas hati dengan corak permainan pasukannya dan menyiftkan nasib tidak menyebelahi pasukan.

Hadiah telah disampaikan oleh Raja Muda Selangor di Padang SUK. Juala memperoleh piala pusingan dan wang tunai berjumpah RM4,00, naib juara membawa pulang RM3,00, mana kala tempat ke tiga dan keempat masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 serta piala dan sijil penyertaan.