PERLAWANAN Piala Sumbangsih Dato Mokhtar Dahari menjadi acara pembukaan bagi pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Harun dan SMK Meru bawah 15 tahun (U15) tahun ini, lapor ARZIANA MOHMAD AZAMAN.

Ketua jurulatih Pusat Latihan Daerah (PLD) SMK Dato Haron, Mohd Zaki Kahar berkata, pasukan SMK Meru terpilih kerana menjadi juara bagi Piala Dato Mokhtar Dahari U15 bagi edisi pertama 2018.

“SMK Dato Harun pula dapat menyertai Piala Sumbangsih kali ini kerana penganjur memilih Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang sebagai tempat perlawanan Piala Sumbangsih.

“Penglibatan SMK Dato Harun bagi Kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari U15 2019 ini adalah bagi tahun. Bagi perlawanan terdahulu, pasukan ini berjaya menduduki tempat ketiga.

“Pasukan ini layak menduduki carta ketiga teratas selepas perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat ketika menentang Sekolah Menengah Tinggi Kajang,” katanya.

Justeru, beliau berharap dapat memastikan pasukan SMK Dato Harun layak dan mara ke peringkat akhir untuk Piala Mokhtar Dahari U15 Edisi 2019 sekali gus menggenggam gelaran juara. 

“Dari segi fizikal, kami menjalani latihan wajib tiga kali seminggu dan juga latihan tambahan seperti fitness dan endurance bagi memastikan setiap pemain sentiasa bersedia. 

“Manakala dari segi mental pula, kami turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih dewasa bagi menguatkan lagi persediaan mental kesemua pemain,” katanya.