TANAH MERAH - Pusat Latihan Dearah (PLD) Tanah Merah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun MSSK (Kelantan).
Dalam perlawanan akhir,PLD Tanah merah menewaskan PLD Kuala Krai dengan menerusi 6-5 sepakan penalti selepas terikat dengan keputusan seri 1 sama.
Kejayaan tersebut membolehkan PLD Tanah Merah mengukir sejarah tersendiri untuk muncul juara baharu.
Lebih manis ,PLD Tanah merah turut meraih kejayaan berganda apabila Muhammad Iskandar Mukhriz Shah Mohd Khairul dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir dan jugak penjaring terbanyak dalam kejohanan yang disertai 16 pasukan itu.
Ketua jurulatih PLD Tanah Merah Suhaimi Ibrahim, mengakui gembira apabila pasukan itu bukan sahaja mencapai sasaran ditetapkan dengan memasuki perlawanan akhir malah muncul juara kejohanan itu.
Menurutnya, kejayaan itu hadir menerusi program bersepadu melibatkan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja 1 melalui Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP) yang berpusat di sekolah itu.
"Pemilihan pemain berdasarkan kriteria ditetapkan oleh DNA NFDP dan jika kita lihat semua pemain PLD Tanah Merah amat bersemangat dan memberi kerjasama yang padu.
"Malah kebanyakkan dari mereka termasuk pegawai kejurulatihan pasukan ini terdiri daripada warga sekolah itu. Kunci kejayaan ini sebenarnya datang daripada pemain serta pengurusan yang berkualiti.
"Kerjasama baik PPD Tanah merah semua pihak pentadbir sekolah, sokongan ibubapa dan kecekapan pegawai yang membimbing pasukan ini,"katanya.