AKADEMI Bola Sepak Hira’ (HFA) baru-baru ini menganjurkan Karnival Bola Sepak Hira’ 2017 di Klang untuk murid Sekolah Rendah Islam Hira’ (Srih) bagi memupuk dan menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Pengerusi HFA, Aszahari Jameri berkata, karnival itu bertujuan mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat dan jati diri yang tinggi dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan selain tumpuan terhadap pencapaian akademik.

Safee Sali disambut warga Hira' ketika tiba di Srih.

\

Safee Sali menandatangani jersi HFA sempena Karnival Bola Sepak Hira’ 2017.

“HFA sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan hasrat murni untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa SRIH melalui sukan bola sepak.

“HFA juga mengambil inisiatif untuk membantu mengurus dan membangunkan sukan bola sepak SRIH untuk membentuk sebuah jenama institusi Islam yang kukuh sejajar dengan arus perkembangan perdana secara menyeluruh,” katanya.

Karnival itu dirasmikan Timbalan Yang Dipertua PIBG, Institusi Pendidikan Hira’, Ubaida Othman dihadiri pemain PKNS FC, Safee Sali.

Murid Hira' beraksi pada perlawanan bola sepak.