SHAH ALAM - Bagai tradisi setiap tahun, kejohanan Piala Dato' Mokhtar Dahari bawah 15 tahun bakal bermula 23 Oktober ini dengan menyaksikan 32 pasukan bakal berentap merebut juara.

Pengerusi pengelola kejohanan, Datuk Emran Kadir, kejohanan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana dan PPD Petaling Utama itu pada tahun ini agak berlainan daripada sebelumnya.

"Tahun ini kami anjurkan kejohanan untuk bawah 15 tahun berbanding tahun sebelumnya untuk 17 tahun ke bawah.

"Kami mengambil keputusan untuk adakan bawah 15 tahun ini kerana sebelum ini kategori bawah 17 tahun, jaraknya terlalu jauh. Jadi pemain berbakat lepasan sekolah rendah boleh terus digilap guru ketika awal sekolah menengah," katanya.

Menurut beliau, Sebanyak 32 sekolah dipilih menyertai pertandingan itu dan mendapat sokongan padu daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

"JPNS menganjurkan kejohanan bola sepak bawah 15 tahun peringkat daerah.. hasilnya, kami pilih pasukan untuk dibawa ke peringkat negeri dari semua daerah seluruh Selangor," katanya.

Sehubungan itu, satu acara cabutan undi untuk membahagikan kumpulan diadakan di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf dengan dihadiri 40 guru  termasuk AJK pengelola kejohanan, hari ini.

Kata Emran lagi, pasukan juara bagi Piala Dato' Mokhtar Dahari bawah 15 tahun itu akan menerima RM8,000 berserta piala pusingan dan medal manakala naib juara menerima RM6,000, tempat ketiga (RM4,000) dan tempat keempat (RM2,000).

"Dua penaja utama kejohanan ini iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang menyumbang sebanyak RM70,000 dan Majlis Sukan Negeri sebanyak RM30,000," katanya.

Emran

Acara undian dibuat untuk menentukan jadual perlawanan.



Antara guru sukan yang hadir pada majlis cabutan undi.