KELANTAN - Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Buloh (2) memecah tradisi Kejohanan Bola Tampar Bawah 11 tahun MSSD Kota Bharu apabila muncul juara keseluruhan buat kali pertama.

Sekolah itu muncul naib johan kategori perempuan dan tempat ketiga kategori lelaki.

Kejohanan yang diadakan di Dewan Dato' Fatmi, SK Tanjong Mas disertai 16 buah pasukan untuk kategori perempuan manakala 18 buah pasukan kategori lelaki.

Johan kategori perempuan disandang SK Padang Kala, tempat kedua SK Kedai Buloh (2) manakala SK Tanjong Mas dan SK Seri Cempaka meraih tempat ketiga.

Bagi kategori lelaki, johan adalah SK Bechah Keranji, naib johan SK Raja Bahar dan ketiga SK Kedai Buloh (2) dan SK Kg Chengal.

Guru Besar SK Kedai Buloh (2), Mohammad Fadzil Mat Il berkata, kejayaan diraih sangat bermakna dan membanggakan kerana berjaya mengalahkan pasukan yang telah lama terlibat dalam kejohanan bola tampar.

"Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama warga SK Kedai Buloh (2) dan PIBG sekolah. Ini juga merupakan pemangkin kepada kecemerlangan sekolah yang seterusnya," katanya.



Pemenang bersama pegawai dan penganjur setelah berakhirnya kejohanan baru-baru ini.