Cuaca bukan halangan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana menyumbat satu gol di jaringan pihak lawan. Tiupan angin yang kencang bukan penghalang lontaran bola tersasar dari jaringan pihak lawan, bahkan kedua kumpulan menunjukan aksi penuh semangat di atas padang.

SK Puchong Perdana telah menewaskan SK Seksyen 7 dengan keputusan 1-0 di padang SK Seksyen 7 pada 12 Oktober lalu.

Jaringan telah disempunakan oleh Mohamad Harizul Izwan Abd Karim pada minit ke-16.

SK Seksyen 7 cuba membawa bola ke pihak lawan, tetapi lolos dengan pengawalan penuh strategi oleh pasukan SK Puchong Perdana.



Penukaran pemain turut dilakukan sebanyak tiga kali oleh pasukan SK Seksyen 7. Pemain yang terkeluar adalah Muhamad Lokman Abd Hakim, Muhammad Afiq Akmal Mohd, dan Khairul Hazim Khairunnizam, masing-masing dikeluarkan pada minit ke-26, 28 dan minit ke-30. Pemain yang dimasukkan adalah Muhammad Hanafi Azhar pada minit ke-26, Amrul Umair Norhamizan dan Amir Ashraff Jahanipa, masing-masing pada minit ke-28 dan 30.


Penukaran pemain dilakukan untuk menukar straregi permainan dan untuk memperoleh jaringan gol pada pasukan SK Seksyen 7.

SK Puchong Perdana juga turut melakukan penukaran pemainnya pada minit ke-31. Mohamad Aiman Mohd Arman dikeluarkan dari padang manakala Raja M.Amirul Aliff Raja M.Rasul dimasukkan. Penukaran dilakukan untuk memberi peluang kepada Raja M.Amirul menunjukan aksi di dalam perlawanan.


Menurut Ketua Jurulatih SK Puchong Perdana, Muhammad Syahnan Yaacob, pasukan sekolah berjaya menjaringkan satu gol pada perlawanan kali ini. Kejayaan ini adalah semangat daripada semua ahli pasukan dan jurulatih yang tidak pernah jemu melatih dan memberi semangat kepada pasukan sekolah.

"Harapan sekolah adalah untuk menjuarai Piala Raja Muda pada tahun ini dengan menewaskan juara enam kali iaitu SK Seksyen 20," katanya lagi.


Menurut Syahnan lagi, persediaan menghadapi Piala Raja Muda telah dilakukan hampir dua bulan, kira-kira selepas cuti Hari Raya baru-baru ini. Pihak SK Puchong Perdana juga banyak memberi sokongan, galakan serta menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan bagi menjalani latihan dan perlawanan ini.

"Pemilihan pemain bagi pasukan sekolah terdiri daripada murid tahun empat hingga enam. Pemain dipilih berdasarkan murid yang aktif di dalam kokurikulum, mempunyai teknik permainan yang baik, berdisiplin, dan paling penting mempunyai teknik tendangan bola yang baik," katanya lagi.



Menurut penjaring gol SK Puchong Perdana, Mohd Harizul Izwan Abdul Karim, 12, jaringan satu gol sudah cukup membahagiakan pasukan sekolah. Sokogan yang kedengaran dari para jurulatih menaikkan lagi semangat untuk menyumbang gol pasukan sekolah.

"Perasaan puas dan gembira sangat menebal di dalam hati. Ini adalah kali ketiga menjaringkan gol untuk pasukan sekolah setelah menyertai pasukan ini sejak tahun lima," katanya lagi.



Menurut Harizul lagi, latihan dilakukan setiap petang dan ibu bapanya memberi sokongan penuh kepada minatnya itu.

Kemenangan pada perlawanan penentuan telah melayakkan pasukan SK Puchong Perdana mara ke peringkat suku akhir pada 18 Oktober ini. SK Puchong Perdana akan menentang SK Seksyen 11 Kota Damansara di padang SK Seafield 3 pada jam 9.30 pagi.