KUALA TERENGGANU - Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu (MSSDKT) Kali Ke-48 telah dilangsung di Trek dan padang SMK Sultan Sulaiman dan disertai oleh 26 buah sekolah menengah dan 51 buah sekolah rendah di daerah tersebut baru baru ini.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari yang bermula pada 12 Mac hingga ke petang Kamis 17 Mac lalu menyaksikan dominasi atlet SMK Sultan Sulaiman ( SMKSS ) masih tidak mampu digugat oleh atlet sekolah-sekolah lain yang bertanding.

Dengan menggondol 42 emas, 21 perak dan 10 gangsa jelas meninggal jauh pesaing lain sekaligus menobatkan SMKSS selaku juara keseluruhan buat kali ke-20 berturut-turut.

Lebih menggembirakan kontinjen SMKSS turut mengunggul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kejohanan apabila atletnya Syazwan Fiwat yang telah memecahkan rekod MSSDKT bagi acara lontar peluru lelaki bawah 15 tahun.

Manakala atlet perempuan SMKSS, Mardnasyaal-husna Mohd, atlet acara lari berpagar 200M turut menggembirakan SMKSS.

Atlet berbakat besar itu telah memecahkan rekod acara 200 lari berpagar MSSDKT. Malah dia juga mengunggul tempat pertama dalam acara 100M lari berpagar.

Bersedia untuk memecut di garisan permulaan.

 

Pengetua SMKSS, Samsuddin Ismail melahirkan rasa bangganya atas kecemerlangan yang dipamerkan oleh barisan atlet SMKSS sepanjang kejohanan berlangsung.

"Saya tahu bukan suatu tugas yang mudah untuk mempertahankan gelaran sebagai juara dalam sesuatu kejohanan sukan seperti kejohanan balapan dan padang ini. Hal ini kerana rata-rata sekolah sudah semestinya mahu bersaing bagi merebut tempat pertama.

A"papun, saya berasa begitu bangga melihat secara keseluruhan atlet SMKSS yang tidak pernah mahu mengalah,malah mereka sentiasa ditiup dengan kata-kata semangat untuk terus mengekalkan imej SMKSS selaku juara yang sukar ditandingi lawan. Alhamdulillah, buat kali ke-20 berturut-turut SMKSS berjaya menduduki tangga pertama kalam kejohanan MSSDKT ini.

"Sudah pastinya pencapaian sebegini suatu rekod tersendiri yang sukar diatasi .InsyaAllah, saya optimis bahawa atlet pelapis kami bakal sekali lagi menggegarkan trek dan padang dalam kejohanan balapan dan padang pada tahun-tahun mendatang," katanya.

Fokus ke hadapan trek sebelum dimulakan larian.

 

Penolong Kanan (PK) Kokurikulumnya, Mohd Zaki Omar turut memberitahu bahawa pencapaian atlet SMKSS dalam kejohanan tahun ini amat luar biasa dan sangat di luar jangkaan awal.

"Sememangnya kami menyedari banyak atlet kontinjen sekolah lain yang begitu rapi persiapan mereka demi mengatasi kewibawaan atlet SMKSS pada kali ini, namun para atlet kami ternyata masih kekal dengan momentum mereka yang tidak mahu sedikitpun memberi ruang dan peluang kepada atlet sekolah lain untuk menduduki tempat pertama.

"Dari segi pungutan pingat emas sahaja sudah cukup membukti para atlet SMKSS semakin kuat pada tahun ini kerana pada kejohanan tahun lalu, kami sekadar mencapai 34 emas sahaja.Nampaknya usaha dan sesi latihan yang penuh komited yang ditunjukkan oleh para jurulatih dan atlet memberikan kejayaan yang sangat manis pada kali ini.

"Cuma saya berharap detik kejayaan ini tidak membuatkan para atlet kami tenggelam dalam keriangan kerana ramai antara mereka bakal mewakili daerah K.terengganu ke peringkat negeri pula nanti. Saya mahu mereka terus menunjukkan prestasi terbaik kelak," katanya.

Dilaporkan bahawa seramai 21 atlet dari SMKSS bakal beraksi dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS Terengganu yang dijangka bakal diadakan pada pertengahan April nanti. Tempat kedua kejohanan disandang oleh MSSDKT ( Bukit Nenas ) yang hanya memperoleh 7 emas, dua perak dan dua gangsa .Manakala di tangga ketiga dimenangi oleh SMK Padang Negara dengan pungutan 4 emas, 5 perak dan 6 gangsa.

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah kejohanan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong dalam suasana yang penuh meriah di Padang SMK Sultan Sulaiman.

Larian dan lompatan dengan gaya dan uapayaan tersendiri.