Rutin pelajar tidak akan dapat lari dengan ujian. Bagi mereka yang rajin buat ulangkaji, tiada masalahlah untuk jawab semua soalan. Lihat soalan sahaja, sudah tahu jawapannya. Bagi anda yang culas buka buku, alamatnya gigit terpinga-pingalah mencari jawapan.

Tak perlu risau, masih belum terlewat untuk adik-adik berubah. Jangan berputus asa, teruskan usaha sehingga anda berjaya menguasai pelajaran.

Bagi anda yang masih sukar untuk memahami dan menghadam ilmu ketika belajar. Beberapa tip berikut boleh dicuba.

1. Catatan

Menjadi kesalahan, sekiranya anda paksa diri menghafal setiap butir bicara yang disampai oleh cikgu. Sedangkan anda hanya perlu fokus pada isi dan fakta pentingnya sahaja, lalu catatkan dalam buku kecil yang boleh dibawa ke mana-mana. Caranya mudah, anda hanya perlu catat formula, rumusan dan beberapa kata kunci yang boleh memudahkan anda mengingat. Kemudian, catatan yang sama boleh ditampal di dinding, almari dan mana sahaja yang memudahkan anda melihatnya.

2. Highlight

Hihglight fakta penting yang perlu anda ingat. Kaedah ini boleh dibuat ketika anda sedang membaca dan menyemak. Highlight berwarna ini bukan sahaja menceriakan, bahkan dapat membantu anda lebih fokus pada fakta penting.

3. Pemetaan fikiran

Ini merupakan salah satu kaedah yang boleh anda cuba untuk memudahkan anda menghafal dengan baik. Proses pemetaan fikiran, bertujuan untuk menghubungkan konsep-konsep permasalahan tertentu. Tulisan yang dihasilkan juga adalah gambaran langsung cara kerja, lalu dihubungkan ke minda. Kaedah ini membuatkan seseorang itu akan lebih kreatif berfikir.

4.Kuiz

Anda sukar memahami subjek tertentu? Lakukan study grup dan sesekali lakukan kuiz bersama ahli kumpulan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengingati jawapan, selain sudah terbiasa dengan soalan yang diajukan.

6. Brainstorming

Bosan belajar sendiri? Tidak salah belajar dengan kawan-kawan sekelas. Brainstorming merupakan salah satu kaedah untuk anda bertukar pendapat dan memperkayakan ilmu. Selain itu, ia juga membantu anda mendapat banyak idea baru, secara tidak langsung membantu anda dalam pembelajaran.

7. Belajar online

Gajet itu penting sekiranya anda bijak menggunakannya. Manfaatkannya dengan mencari fakta dan juga ilmu yang diperlukan dalam pembelajaran, misalnya, sejarah dan formula tertentu.

8. Jadual belajar

Salah satu cara belajar paling efektif adalah membuat jadual belajar setiap hari. Selain memberikan motivasi, ia juga dapat mendisiplinkan waktu belajarmu.

 

Sumber:blog.ruangguru.com