PROJEK makanan percuma yang diperkenalkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St. Cecilia, Sandakan Sabah, mendapat pujian dan reaksi positif daripada warganet.  

Majoritinya berterima kasih kepada Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah...kerana usahanya yang telah mewujudkan projek bermakna itu.

Ren Riniang Inang: Terbaikk la cikgu, semoga cikgu selalu diberkati dan diberi kesihatan yang baik.

Abdul Rahim: Alhamdulillah terbaik cikgu semoga dimurahkan rezeki, takbir...

Normala Shukor: Mulia sungguh hatimu wahai cikgu. Semoga diberi kekuatan dan rezeki yang melimpahi dari Allah sepanjang masa.

Kaiser Amin: Allahuakbar, terbaik jasamu tiada tandingan

Dhiaushifa Stokis: Semoga syurgalah cikgu ini

Rozniza Omar: Banyak pahala untuk cikgu

Afeef Afeeq: Semoga rezeki cikgu murah dan anak-anak yang makan mendapat keredhaan

 

Terdahulu, GPS Bestari pernah menyiarkan artikel mengenai projek makanan percuma SMK Konven St. Cecilia.

Artikel bertajuk 'Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma' mendapat 4,500 tanda suka, dan 600 perkongsian setakat ini.

Cikgu Maisarah Hannan ketika dihubungi GPS Bestari, melahirkan rasa syukur atas penerimaan positif netizen terhadap projek tersebut.

"Syukur alhamdulillah, tak sangka projek kecil ini menjadi viral satu Malaysia.

"Terima kasih pada semua," katanya gembira.

Kerana projek itu, beberapa orang ibu bapa datang bertemu dengannya di sekolah semata-mata mahu mengucapkan ribuan terima kasih.

"Anak mereka adalah antara penerima makanan percuma. Jadi mereka datang ke sekolah dan jumpa saya untuk ucap terima kasih. Saya benar-benar terharu," katanya sebak.

Bila ditanya mengenai harapan, ini kata Cikgu Maisarah Hannan.

"Saya mengharapkan agar lebih ramai guru dan sekolah yang dapat melaksanakan projek ini. Wujudkan lebih banyak suasana keseronokan di sekolah.

"Kalau tak mampu nak buat sekali seminggu, buatlah dahulu sebulan sekali. Yang penting ia berterusan," ujarnya yang berkongsi perlaksanaan projek itu.

Katanya, masa yang diambil untuk untuk projek itu tak lama sebenarnya. Pelaksanaan dijalankan di sekolah untuk minuman percuma hanya mengambil masa 30 minit untuk kendalikan 300 hingga 400 pelajar.

Beliau dibantu lapan Pembimbing Rakan Sebaya yang telah dilatih dari mula iaitu membuat air, susun gelas dan tuang air, mengedarkan air dan mengemas segala peralatan setelah semuanya selesai.

 

Ini pula reaksi pelajar:

1) “Gembira sangat sebab ada makanan percuma di sekolah untuk pelajar yang tidak berkemampuan seperti kami.”

- Felezetty Rimlin

Tingkatan Dua, SMK Konven St. Cecilia

2) “Ini kali pertama dapat rasa makanan sedap sebegini. Terima kasih banyak cikgu.”

- Fahsa Faizal

Tingkatan Satu, SMK Konven St. Cecilia

3) “Di rumah, saya hanya makan nasi dengan garam sahaja. Tapi bila datang sekolah, dapat nikmati makanan yang sedap. Terharu sangat.”

- Roslina Abd Marad

Tingkatan Satu, SMK Konven St. Cecilia

Artikel Menarik:

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Teknik Linosains beri peluang pelajar 'menyanyi' sambil hafal fakta

Teknik MaxRecall - Senang ingat tanpa perlu menghafal

Kerana teknik mengajar yang Teacher Dilla buat, murid Tahun Satu dan Dua semangat nak datang sekolah

‘PdPc mudah faham dan menyeronokkan’ - Cikgu Nithiya kongsi kelainan, belajar sambil makan